Semalam pergi Daurah sebentar, menjadi orang sesat.
Tapi dapat juga sikit-sikit kesedaran. Alhamdulillah.
*~*~*
Ustaz penceramah semalam tanya,
"Syaitan tak mahu sujud kepada Adam sekali. Itu pun sudah jadi derhaka, Allah sudah murka.
Kita sudah berapa kali tidak sujud kepada Allah?"
Itu pun Allah masih beri kita hidup.
*~*~*
"Adam dan Hawa hanya makan buah terlarang. Itu pun sudah kena keluar syurga. Itu pun mereka sudah sangat menyesal.
Kita, sudah berapa banyak larangan kita langgar?"
Itu pun Allah masih beri kita hidup. Rephrase: Allah masih beri kita hidup dengan senang. Dengan nikmat terlebih-lebih.
Dan kita masih tak menyesal.
*~*~*
Takut.
Antara Socrates dan Salamis: Merenung ‘Kerosakan’ Anak Muda dalam Memori
Sejarah
-
“Berbaloi pelaburan €2 aku!” Saya mengomel sendirian. Saya sedang membaca
buku Corrupting Youth: Political Education, Democratic Culture, and
Political The...
4 months ago
No comments:
Post a Comment