Tuesday, November 2, 2010

Overwhelming

Tahukah anda saya belajar banyak benda dalam kelas World Music di sini? Dengan tak semena-mena saya juga belajar tentang Islam dan negara-negara Islam (or maybe Arab).

(Mintak maaf, saya di library, menggunakan public komputer, oleh itu saya taip dalam bahasa Melayu kerana saya paranoid--saya rasa orang sebelah kanan dan kiri saya curi-curi baca apa saya taip. Mereka tidak paham bahasa Melayu, jadi saya taip bahasa Melayu--jangan risau, saya tak mengumpat siapa-siapa dalam bahasa Melayu).

Sedang kita sibuk cakap nak membetulkan ummah, nak membetulkan Malaysia, dan sedang kita sibuk nak betulkan dunia...

Saya dapati dunia ini ada banyak, banyak, banyak sangat masalah.

Ye, satu dunia.

Jangan cakap hal dunia la, cakap hal negara-negara Islam pun cukup.

Cakap pasal Malaysia sahaja dah berapa helai kertas boleh habis, berapa banyak air liur boleh kering.

Belum cakap pasal negara-negara lain.

Aduh.

Senang cakap omputeh--It's overwhelming.

*~*~*

Tapi saya optimis.

Daripada melihat kekurangan dunia dan kelemahan umat, daripada saya risau pasal penduduk dunia tak tentu pasal...

Daripada saya sibuk risau dua puluh empat jam...

Baik saya tumpukan perhatian terhadap perkara-perkara yang boleh saya ubah.

Seperti--Diri saya.

Betul.

*~*~*

Sebenarnya saya berniat untuk berfalsafah sedikit di dalam post ini, tapi tak mengapalah. Saya ada organic chem recitation selepas ini.

Mungkin saya akan berfalsafah selepas ini.

*~*~*

Kesimpulannya--Ubah diri anda ke arah kebaikan. Jadilah optimistik. Allah ada dengan kita kan?

P/S: ZOMG I'M SO HAPPY RIGHT NOW, I DON'T KNOW WHY!

No comments:

Post a Comment