Thursday, September 27, 2012

Hypothetical question

Agak-agak la kan, boleh tak seseorang yang selalu dapat 4.00 di dunia, akan masuk neraka?

Macam tak mustahil kan?

Dalam kesesakan di dada ini mengejar dunia, mungkin Allah mahu didik hati ini untuk ingat hakikat mati dan akhirat.

Kumpul la A banyak mana pun, kumpul la sijil Dean's List banyak mana pun, di akhirat tak boleh jawab, "Allah, aku dolu dalam Dean's List! Takkan tak boleh masuk syurga?"

Huuu... Perlu muhasabah diri balik. Betulkan niat.

Memang tak salah nak kejar A, tapi niat kena betul. Jangan keliru alat dan matlamat.

Nak meluruskan niat itu susah. Nak ikhlas kerana Allah itu yang susah.

Mungkin  semasa berdaurah atau berprogram selalu juga minta Allah ikhlaskan hati ni, luruskan niat.

Tapi bila bab belajar? Jarang pula nak minta keikhlasan itu hadir.

Lagi kiasu ada la agaknya.

Haish.

Kena belajar mendidik hati. Mendidik jiwa.

Yang pahit itu ubat. Huuu...

Sesi menembak jiwa sendiri dengan mengingatkan diri yang selalu lupa dan kiasu ini.

No comments:

Post a Comment