Sunday, December 4, 2011

Kenapa saya suka kelas Genetics

Wait, if you fail at failing, does that mean you're successful? Because say you get A's in exams, that means you fail at getting F's. Wait. Am I right?


Sebab saya sedar banyak benda boleh jadi salah semasa saya sedang dalam rahim ibu saya.

Makin banyak belajar dalam kelas ini, lagi banyak saya fikir, "Allah, macam mana aku boleh lahir normal? Banyak benda yang boleh jadi salah!"

Kalau anda berupaya, ambillah kelas Genetics. InsyaAllah anda akan rasa semakin kagum dengan kuasa Allah.

Dan saya suka apabila dalam kelas Genetics (dan Mikrobiologi juga) pensyarah akan bercakap, "Kita masih tidak tahu tentang..."

Kerana ilmu kita sekarang sangat-sangat sikit.

Anda sangka sains ada jawapan untuk semua benda?

Tidak.

Kita tidak tahu banyak benda.

*~*~*

Dalam makmal mikrobiologi saya misalnya, saya terjumpa banyak turutan DNA yang kita masih tidak tahu datang dari kuman mana.

Sebab?

Sebab kita manusia lah. Kita tidak tahu semua benda.

Kita tidak tahu semua benda.

No comments:

Post a Comment