Kimchi yang saya buat. Rasa macam tak jadi. Takde sesiapa yang berani makan, kerana baunya sangat kuat.
Zatil Aqmar yang sangat hebat telah menjahit baju-baju tradisional dari China, Korea, dan Jepun ini. Kami berdua (dan adik-adik kami) telah meminjamkan patung Barbie dan Kent kami untuk projek ini.

Maulud Nabi. Seingat saya hanya 3-4 orang sahaja yang membuat banner ini. Orang lain di kelas kami semasa itu tidak mempunyai semangat ke-kelas-an. Kami yang skema ini terpaksa menjalankan tugas demi kelas kami.
*~*~*
Wah... I miss Malaysia now.
Ingat nak upload gambar kami beraya di rumah Farahin Sulong, yang mana tiang di rumah beliau menjadi sesuatu yang amat menarik (sampai ada orang panjat-panjat tiang tersebut).
Tetapi, saya fikir kami sudah berumur 21 tahun sekarang. Kejadian itu berlaku empat tahun yang lalu (EMPAT TAHUN!!!).
Jadi untuk menjaga nama baik kami semua, lebih baik gambar itu tidak diletakkan di sini.
...
...
...
Okay, salam.
No comments:
Post a Comment