Tuesday, October 23, 2012

Hakikatnya diri ini masih manja

Kenapa susah mahu disiplinkan diri ya?

Sudah berazam, konon mahu membahagi masa sebaik mungkin. Boleh bahagi 24 jam untuk belajar, untuk tarbiyah dan dakwah.

Konon.

Tapi pagi-pagi kadang-kadang masih diulit mimpi (walaupun tak pernah ingat mimpi), walaupun malam sebelumnya sudah berazam mahu Qiyam dan jumpa Ilahi.

Tidur mesti cukup, paling kurang 7 jam. Alahai manjanya. Bangun pulak bermalas-malasan.

Tiada semangat mahu meneruskan hari, dengan niat kerana Allah.

Bila melalui rutin sehari-hari, ke mana masa hilang?

Mana perginya tarbiyah konon?

Mana perginya belajar?

Mana pergi masa?

Hilang macam itu sahaja?

Iyalah, hilang tengok video-video Youtube (walaupun mungkin nampak "berguna", tapi mesti utamakan yang utama!) sampai berjam-jam, mestilah hilang masa.

Membaca buku, memang bagus, tapi mesti berpada-pada. Susah juga jadi "hantu buku" yang mahu khatam semuanya dalam satu malam.

Ada masa untuk itu, ada masa untuk ini.

Dan masa kau terbuang untuk yang ini sahaja, tidak banyak untuk yang itu.

*~*~*

Saat sedang bertatih mahu mendisiplinkan diri. Biar masa terurus.

Biar diri kurang manja.

Aduh. Sekali lagi, tengok rakan-rakan lain sudah pecut ke hadapan nun.

Kau?

Masih juga di sini. Terkial-kial lagi.

Sebab hakikatnya diri kau terlalu manja.

Kan?

No comments:

Post a Comment