Friday, November 11, 2011

Perbincangan apakah ini...?

Hari itu dalam kelas Genetics kami berbincang tentang barah payu dara.

Instructor itu kata barah payu dara bukan 100% ditentukan oleh genetik seseorang, faktor-faktor lain turut memainkan peranan.

Beliau berkata dahulu ada kajian mengatakan minum wine sekali sekala boleh mengelakkan barah payu dara.

Kini, mereka mengatakan minum wine walaupun sedikit sudah boleh menyebabkan barah payu dara!

Apakah ini...?

Lihat, lebih banyak keburukan dari kebaikan!

*~*~*

Sama juga dalam keals Sports and Drugs saya. Itu hari kami berbincang tentang seks.

Ada seorang penceramah menunjukkan cara-cara memakai kondom yang betul (supaya kondom itu dapat menjadi sehingga 98% efektif).

Kemudian ada juga banyak benda-benda lain yang beliau beritahu saya, antaranya:

Perlu mendefinisikan (define, apa in Malay?) "seks" dengan pasangan sebelum melakukan seks.

Mencari pasangan yang "bersih" dari penyakit seks (STDs).

Perlu mendapat persetujuan kedua-dua belah pihak.

Perlu memakai kondom atau peralatan pencegah kehamilan yang lain untuk mengelakkan penyakit seks (STDs) atau kehamilan.

Dan baaanyaaak lagi.

Satu-satunya cara untuk menjadi 100% selamat dari penyakit seks (STDs) adalah dengan tidak melakukan seks langsung (abstinence).

*~*~*

Alahai, saya duduk di tengah-tengah perbincangan sebegini saya rasa amat membuang masa saya.

Islam itu cara hidup yang indah dan betul.


Awak tidak perlu memberitahu saya cara-cara mengelakkan barah payu dara dengan meminum atau tidak meminum wine.

Awak tidak perlu memberitahu saya cara-cara melakukan seks yang dapat mengurangkan risiko kehamilan atau penyakit seks (STDs).

Saya sudah ada panduan. Saya sudah membuat keputusan muktamad. Saya sudah dengar nasihat yang lagi hebat daripada awak.

Saya ada Allah, Quran, Rasulullah, dan Sunnah.

*~*~*

Daripada saya pening kepala memikirkan hal-hal ini, mungkin lebih baik saya fikir tentang perkara lain, seperti...

Macam mana mahu buat kek (kalau saya mahu membuat kek).

Atau bagaimana mahu hafal surah-surahdalam al-Quran (okay, ini masih liat).

Bagaimana hendak belajar untuk peperiksaan mickrob minggu depan, bersama-sama kelas makmal mikrob (makmal mikrob, jangan terlalu kejam).

Bagaimana hendak mengurangkan perasaan-perasaan mazmumah yang banyak bertempek di hati saya ini. Huhu.

Bila hendak mula basuh baju-baju yang perlu dibasuh dengan tangan itu.

*~*~*

Okay, saya perlu baca buku untuk kelas kisah-kisah dongeng Indo-Eropah pula.

Salam.

No comments:

Post a Comment