"Takpe Mak, tak dikenali di university. Tak apa takde gambar along dalam yearbook or whatever."
"Tapi if you're well-known, nanti orang lain akan rasa lagi motivated, orang boleh kata, ha, tengok kakak tu, dia Muslimah berjaya."
*~*~*
Tapi kan. Tak perlu dan tak guna kalau kita terkenal di mata manusia.
First, sebab takut menimbulkan riak dalam hati kita. Itu memang sah-sah penyakit hati yang susah nak kikis la. Riak ni bertentangan dengan ikhlas.
Second, apa gunanya kalau terkenal di dunia, tapi tidak di langit?
Menjadi terkenal antara penduduk langit adalah lebih bagus, don't you think?
*~*~*
Mewah.
Tak perlu pun sebenarnya mahu makan dari pinggan Corelle.
Tak perlu pun sebenarnya mahu ada banyak-banyak baju Muslimah yang comel-comel dan cantik-cantik tu.
Tak perlu pun sebenarnya mahu gadget terlalu canggih-canggih tu.
Kan?
Dunia itu sebenarnya sangat dekat dengan hati.
Tidur ada berapa biji bantal? Dua? Tiga? Empat? Lima?
Tidur katil tebal mana?
Mewah. Sangat mewah kita ini.
Antara keperluan dan kehendak. Ha...
Kita tak perlukan yang mewah, tapi hanya yang terbaik. (bak kata seorang ustaz).
Contoh: Kita tak perlu Mercedes, tapi kita perlukan helikopter.
*~*~*
Jadi mungkin kita tak perlu menjadi terkenal di mata manusia, tapi kita perlu menjadi Muslimah terbaik yang kita boleh jadi.
Contoh: Tak perlu nama kita dikenali ramai orang. Tapi cukup untuk kita menjadi pelajar/pekerja/ahli masyarakat yang membawa perubahan yang ketara dalam diri sendiri dan kepada orang di sekeliling kita.
*~*~*
Antara Socrates dan Salamis: Merenung ‘Kerosakan’ Anak Muda dalam Memori
Sejarah
-
“Berbaloi pelaburan €2 aku!” Saya mengomel sendirian. Saya sedang membaca
buku Corrupting Youth: Political Education, Democratic Culture, and
Political The...
4 months ago
T_T
ReplyDelete