Musim panas di Pittsburgh memang bahang.
Saya tak berapa suka musim panas.
Selain bahang yang betul-betul bahang, kebanyakan manusia mula memakai pakaian yang menyusahkan hati saya.
Para lelaki terutamanya, sudah mula memakai seluar-seluar pendek.
Dan seluar yang amat pendek (very short shorts).
Terkial-kial saya mahu menundukkan kepala, perlu beralih-alih pandangan.
Susah juga mahu mengalih-alih pandangan semasa musim panas ini.
Pusing kiri, orang pakai seluar pendek. Pusing kanan, orang pakai seluar pendek juga.
Kalau tersekat di dalam bas dengan semua orang yang berseluar pendek ini, haha. Alamat pandang lantai sahaja lah.
Haish.
*~*~*
Lebih mengharukan apabila pensyarah sendiri memakai shorts dan bersyarah di hadapan.
Serba salah saya. Takkan mahu mengalihkan pandangan ke kiri kanan, padah hal papan hitam di depan mata?
*~*~*
Beginikah keadaan para lelaki yang perlu menundukkan pandangan?
Fuh, susah ye?
Antara Socrates dan Salamis: Merenung ‘Kerosakan’ Anak Muda dalam Memori
Sejarah
-
“Berbaloi pelaburan €2 aku!” Saya mengomel sendirian. Saya sedang membaca
buku Corrupting Youth: Political Education, Democratic Culture, and
Political The...
4 months ago
No comments:
Post a Comment